SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG KAMI

Sabtu, 26 Oktober 2013

APA KATA PELATIH K3S10/2013

APA KATA PELATIH KUMPULAN 3 SIRI 10/2013?


    Everything in PLKN is a challenge. Firstly, I knows no one here and so other trainee do. We started to be friends regardless races. Trust me, if you choose to be friend only with you kind, you may not learn what is "PERPADUAN". You will own the least memory when you end  your service. Here's the place to meet new friends with different background. Undeniably, we only know each other in a very short period of time. But here, in PLKN, we are not just friend, we are "FAMILY"! We stay together and be each other side for 24 hours each day. We shared our laughter and tears here.

    Further, I love the modules here. The teaching style is totally different from our classic education system. Here, we learned from experienced and simulation. Since I am a postponed candidate who just graduated from university, I dare to say here's the platform for teens to learn independence, confidence and willingness to take risk that university or the outside world demanded. Here's the place to explore out of the comfort zone and think out of the box. And I dare to say, trainees of Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) own the competitive advantage to cope problems in more proactive ways. 

    Also, I learned to be more appreciated on what I own throughout my life. If people ask me how was my life in PLKN, I will tell them I have the greatest experience. It is full of challenges and excitement. It is a place to boost up soft skills such as leadership, interpersonal relationship,willingness to learn and so on. And last, I would like to say, "thank you PLKN, for giving me a chance to be 18 again".




Wirawati Yong Sin Yee (D809)
Kumpulan 3 Siri 10/2013
Kem PLKN Bagai Budi, 
Sandakan, Sabah






    Asalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan jurulatih Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan Sabah kerana memberi banyak tunjuk ajar, mendidik dan memberi sokongan kepada pelatih Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan Sabah termasuk diri saya sendiri.

    Banyak perkara yang saya pelajari dan perubahan saya alami selama berada di Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan sabah. Antaranya ialah saya belajar mendisiplinkan diri, belajar menghormati dan menghargai orang lain, belajar menepati dan menghargai masa. Apa yang lebih penting, saya dapat belajar bagaimana menjadi seorang pemimpin dan lebih mengetahui apa yang dimaksudkan dengan pemimpin.





Wira Yusri Bin Abdul Wahid (A111)
Kumpulan 3 Siri 10/2013
Kem PLKN Bagai Budi, 
Sandakan, Sabah






    Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1Malaysia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih-jurulatih yang selalu membimbing saya dalam apa jua aktiviti dan juga telah mendidik saya bersikap lebih berdikari, berdisiplin serta bertanggungjawab. Raka-rakan juga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa yang selalu memberi sokongan ke atas diri saya. Saya takan lupakan jasa baik anda semua yang saya anggap sebagai keluarga saya. Bak kata.... "Tanpamu aku sepi, kehadiranmu aku happy, lawakmu ku kenang dan kebaikanmu ku ingati". Saya takkan lupakan kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah saya lalui. 

   Pada permulaannya, saya merasa takut, segan dan kurang keyakinan diri ketika mula-mula memasuki Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan Sabah. Namun atas bimbingan jurulatih, saya berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang berguna dan terbaik apabila saya berada di luar sana nanti. 

   Saya rasa sangat bertuah apabila saya terpilih menjadi salah seorang pelatih Program Latihan Khdimat Negara (PLKN) dan bersyukur kerana jurulatih membantu dan membimbing saya mengubah sikap yang tak baik ke arah kebaikan. PLKN sebenarnya dapat meningkatkan jati diri malah dapat memupuk semangat perpaduan kaum, bersatu padu serta semangat kerjasama yang berguna kepada negara. 

   Akhir kata, saya ingin memohon maaf sekiranya saya telah melakukan kesilapan secara tidak sengaja mahupun sengaja. Jalanilah kehidupan di PLKN kerana ia akan dapat membantu diri mengharungi kehidupan diluar sana. Jangan mempersiakan peluang yang ada, peluang hanya sekali dan bukan dua mahupun tiga kali dalam kehidupan..... Sekian



Wirawati Erika Nadia Binti Kamarudin (C600)
Kumpulan 3 Siri 10/2013
Kem PLKN Bagai Budi, 
Sandakan, Sabah