SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG KAMI

Selasa, 19 Februari 2013

CHINESE NEW YEAR CELEBRATION
By:LIEW KIEN HOW

Ever since i joined the Malaysia 1st Group Siri 10's National Service Programme in the Camp Bagai Budi Sandakan for almost  a month, is kind of a shock that the honorable guest from Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Dato' Abdul Hadi Bin Awang Kechil is coming to pay us a visit and celebrate together with us the Chinese New Year 2013, which the Malay Dato' quiet a new for me also surprisingly for me is kind of unique and interesting in our country thou celebrating Chinese New Year with the Chinese.

So after the announcement, we trainees were informed to prepare some Chinese traditional cultural performance in order to entertain and welcome the arrival of Dato. Also, some of my friends and i were asked by our trainer to do some Chinese decoration in the whole camp with full of the Chinese New Year feeling. We were having a hard time to complete the mission given because in such short period of time, everything has to be complete. But, we managed to work it out.

That day, i feel a little disappointment because things didn't went well as we planned. The Dato' was late due of some important task he has to be deal with, but never mind with that. Dato' arrived and so the Chinese New Year has begun. First, was singing national song, followed by his valuable speeches and giving out mandarin oranges to trainees.Is such a pleasant to have him with us celebrating Chinese New Year together. Furthermore, the performance of Chinese traditional dance were impressing and well performed by my friends which everyone enjoyed with it.

Besides, there were television newscaster from RTM and journalist be with us that day to report and broadcast this event. Lastly, the Dato' was interviewed by the reporter in the end of the performance  my friends were dressing Cheong Sam standing behind Dato' during interview.

Overall, it was a different Chinese New Year experince this year. I guess this would be another memory that keep in my mind. Cheers!!!

  
Wira Liew Kien How
Kumplan 1 Siri 10/2013
Kem PLKN Bagai Budi Sandakan
Sabah



LAWATAN KE KUNDASANG
Oleh: Nurul Fashareena Binti Roslan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam khidmat negara dan salam 1Malaysia !

Saya boleh bayangkan pelatih wira dan wirawati bersemangat menyahut Malaysia Boleh selepas menerima Salam 1Malaysia daripada saya. Itulah salah satu nilai yang kami terima dalam Kem PLKN ini. Sentiasa bersemangat seperti para jurulatih kami iaitu cikgu-cikgu yang dikasihi.

Pada hari isnin yang lepas tanggal 11 Februari 2013, seramai 103 pelatih yang tidak pulang bercuti Sempena Tahun Baru Cina, bersama juruatih PLKN dibawa ke Kundasang. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberi kesempatan dan peluang melawat salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong di Sabah. Lebih menarik lagi pengembaraan kami disertai oleh Komandan Kem Mohammad Nasir Bin Saidin bersama isteri kesayangan dan anak, Timbalan Komandan Pengurusan, Staf dan Jurulatih.

Seawal jam 3.30 pagi, jurulatih bertugas telah mengejutkan pelatih untuk bersiap dan bersarapan pagi yang disediakan bermula jam 4.30 pagi. Selepas menunaikan ibadah, para pelatih, jurulatih dan staf mula menaiki bas. Perjalanan kami ke kundaasang diiringi hujan rahmat dari Tuhan. Kesejukannya menusuk-nusuk ke tulang rusuk akan tetapi perasaan teruja dangembira melitupi kesejukan yang dirasai. 3 bas para pelatih bersama pengiring, 1 bas jurulatih dan staf serta 1 van medik bergerak menuju ke Kundasang tepat jam 5.30 pagi.

Dalam perjalanan, saya dan rakan-rakan sempat lagi berkaraoke lagu-lagu rock kapak zaman 90an yang dipasang oleh jurulatih pengiring. Kegembiraan dirasai bersama tatkala semua bersatu hati menyanyi dan bergelak tawa. Perjalanan selama 5 jam melalui jalan bersimpang siur yang memeningkan tidak langsung saya rasai.

 

                            

Destinasi pertama yang dilawati ialah Kinabalu Park. Walaupun Gunung Kinabalu dilitupi kabus yang tebal, pemandangan tetap indah di mata. Di sini saya turut dapat menimba ilmu tentang pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. Bertambah menarik apabila saya sempat mendengar perkongsian cerita Timbalan Komandan Pengurusan tentang pengalaman beliau mendaki Gunung Kinabalu. Di sini juga terdapat anak sungai yang sangat jernih. Walaupun tidak dibenarkan oleh jurulatih pengiring untuk merasai kesejukan air sungai tersebut atas faktor keselamatan, saya tetap dapat merasakan ketenangan di jiwa seperti air sungai tersebut yang tenang mengalir tanpa halangan. 






















Selepas menunaikan kewajipan di Masjid Daerah Kundasang pada jam 1.30 petang, saya dan rakan-rakan dibawa ke Kundasang War Memorial. Banyak perkara mencuit hati saya di sini. Antaranya kisah sejarah perjuangannya sendiri yang memberi iktibar. Selain itu, di kolam air pancut yang terdapat di situ mempunyai duit syiling di dalamnya yang mungkin terdapat pelancong yang ingin menyampaikan hajatnya di situ. Terdapat juga batu ukiran cina yang mencuri pemandangan saya. Atas bantuan rakan-rakan berbangsa cina, tulisan batu itu bermaksud "Peluh, Air Mata dan Darah. Hal ini sangat bertepatan dengan pengorbanan yang berlaku pada zaman itu. Di sini juga terdapat pemandangan yang cantik. Walaupun kabus mengaburi pemandangan saya yang bermata empat ini, saya masih dapat melihat ladang-ladang dan tanaman yang terdapat di kaki gunung. SubhanALLAH.... indahnya tidak terucap. Selepas puas bergambar, pastinya kedai cenderahati pula dikunjungi untuk membeli cendera kenangan.

 




Sebelum pulang, kami dibawa ke pasar berdekatan. Memastikan keselamatan kami terjamin, ribuan terima kasih diucapkan kepada jurulatih pengiring kerana mengawasi, menjaga dan melayan karenah para pelatih tanpa jemu. Lebih kurang jam 4 petang, kami bertolak untuk kembali pulang ke Sandakan semula. 

Tanpa lupa kepada Ilahi walaupun dalam keseronokan, kami berhenti di Masjid di Telupid untuk menghadap Pencipta sebelum kembali meneruskan perjalanan pulang ke kem tersayang, Kem PLKN Bagai Budi Sandakan Sabah. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang perjalanan ini tidak akan pernah saya lupakan. Terima kasih diucapkan kepada Kem Komandan, Timbalan Komandan, Staf dan jurulatih.

Terima kasih tidak terhingga PLKN....



Wirawati Nurul Fashareena Binti Roslan
Kumplan 1 Siri 10/2013
Kem PLKN Bagai Budi Sandakan
Sabah
Catatan Dari Seorang Pelatih


Apa yang saya pelajari pada Hari Kesukarelaan pada 26 November 2012, terdapat beberapa perkara yang saya ingin kongsikan. Pada hari tersebut, ia seperti memberikan saya peluang untuk berkhidmat kepada negara sendiri secara sukarela dan memberi saya peluang pekerjaan kepada saya. Pada pandangan saya, kita haruslah memupuk semangat sukarela pada diri masing-masing dan bukanlah kita beranggapan hanya negara yang berkhidmat untuk kita. Kesimpulannya, hargailah negara kita ini kerana untuk mencapai kemerdekaan itu bukanlah sesuatu perkara yang senang. 


 


Wira Pang Kok Vui
Kumpulan 3 Siri 9/2012
Kem PLKN Bagai Budi Sandakan, Sabah